...........بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ................... السّلام عليکم و رحمةالله وبرکة...........SELAMAT DATANG DI BLOG ANAK RANTAU LOMBOK - ARL™2012

Selasa, 30 November 2021

SEJARAH TURUNNYA AYAT KURSI

SEJARAH PENURUNAN WAHYU PALING AGUNG

Syaitan dan iblis ketakutan ketika Malaikat Jibril dan bersama 70.000 ribu Malaikat Turun membawa Ayatul Kursi.

Ayat ini diturunkan setelah hijrah.
Diriwayatkan bahawa ketika Allah Azzwajall hendak menurunkan ayat Kursi, Allah Azzwajall telah memerintahkan Jibril untuk membawanya turun ke bumi, bersama-sama dengannya adalah 70,000 malaikat yang turut menyertai penurunan ayat Kursi ini dan menyambutnya di langit dunia dengan penuh penghormatan.

Ketika penurunan wahyu ini, bumi menjadi gempar dan berlakunya gempa bumi di seluruh dunia. 
Segala berhala sembahan orang kafir bergoncang. Gempa bumi ini menyebabkan manusia dan para raja di seluruh dunia menjadi gentar serta mahkota yang dipakai para raja tertanggal dan jatuh ke bumi. Syaitan-syaitan menjadi gempar dan lari bertempiaran serta berkumpul menemui Iblis Laknatullah yang turut ketakutan. Si Iblis kemudiannya memerintahkan beberapa syaitan untuk menyelidik punca gempa tersebut.

Lalu syaitan-syaitan tersebut pergi mencari punca sehingga berhenti di tempat turunnya ayat Kursi yang dihadiri oleh 70,000 malaikat dan Jibril. Maka bertambah gerunlah hati mereka melihat keagungan ayat kursi ini lantas bersegera meninggalkan tempat tersebut dan pergi menghadap Iblis Laknatullah. Setelah memberitahu Iblis, maka Iblis menjadi gusar kerana telah turun sebuah pendinding yang sangat kuat dan tidak mungkin dapat ditembusi olehnya mahupun tentera-tentaranya jika manusia beramal dengannya.Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bin Sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah SWT.

Mengikut keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya.

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah SAW. bersabda bermaksud:

Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Sabda baginda lagi;

Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Amalkan membaca ayat kursi sebelum dan semasa perjalanan.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah-rumah di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Aamiin 🌹

Kredit: Maahad al-Tahzib wa al-Ta'alim

Tidak ada komentar:

Posting Komentar